Mar 25, 2013

Pengantarabangsaan SAMURA ke Dumai

Program Pengantarabangsaan SM Sains Muar kali kedua pada tahun 2013 adalah ke tiga sekolah di Dumai. SM Pertama Negeri 2 Dumai, SM Atas Negeri 2 Dumai dan SM Atas BINSUS Dumai. Lawatan ini merupakan kunjungan balas kerana sekolah-sekolah yang dilawati telah berkunjung ke Sains Muar pada bulan Julai 2012 semasa SICSEF ke-2 2012.
Sambutan yang diberikan oleh ketiga-tiga sekolah dan Dinas Pendidikannya sungguh hebat dan meriah. Tambahan pula di setiap sekolah yang dilawati turut hadir bersama Ahli Parlimen Dumai. Berita kunjungan Sains Muar ke Dumai telah dimuatkan di akhbar Dumai Post. Matlamat Program Pengantarabangsaan ke sana telah tercapai dengan jayanya. Semuga hubungan mesra yang telah terjalin akan bertambah erat di antara dua negara serumpun. 

Ketibaan Puteri-puteri Delegasi SAMURA di SMPN2
Penyampaian cenderamata daripada Tun Pengetua Kanan Kepada Kepala Sekolah SMAN2
Persembahan Kesenian Lagu-lagu Melayu oleh paara pelajar SMAN2
Banner Malam Titian Kasih
Pertukaran Sijil Jalinan antara Tuan Pengetua dengan Kepala Sekolah SMAN Binsus
Persembahan Tarian Zapin SAMURA di Malam Titian Kasih mendapat pujian dari penonton





0 comments:

Post a Comment