Slide 1

null

Slide 2

null

Slide 3

null

Slide 4

null

Slide 5

null

Mar 29, 2013

Kelebihan Habbatus Sauda

Habbatus Sauda Penawar Pelbagai Jenis Penyakit

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan, bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab. Oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
 
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
 
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: 
 
“‘Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
 
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
 
Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
 
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan.
 
Ulasan lain dalam bidang perubatan memberitahu bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antaranya :-
  1. Anti-inflamasi, mengubati perit/radang tenggorok.
  2. Ant-iarthritis, mengubati reumatik.
  3. Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  4. Aktiviti hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  5. Antiseptik, mengubati bau mulut.
  6. Antivirus, mengubati demam dan selesema.
  7. Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  8. Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  9. Sistem Imun, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  10. Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan hempedu.
  11. Sistem peredaran darah, meningkatkan daya tahan jantung.
  12. Nematocidal, mengubati cacing pita.
  13. Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Sumber Ihsan: HPA Network

Mar 25, 2013

Pengantarabangsaan SAMURA ke Dumai

Program Pengantarabangsaan SM Sains Muar kali kedua pada tahun 2013 adalah ke tiga sekolah di Dumai. SM Pertama Negeri 2 Dumai, SM Atas Negeri 2 Dumai dan SM Atas BINSUS Dumai. Lawatan ini merupakan kunjungan balas kerana sekolah-sekolah yang dilawati telah berkunjung ke Sains Muar pada bulan Julai 2012 semasa SICSEF ke-2 2012.
Sambutan yang diberikan oleh ketiga-tiga sekolah dan Dinas Pendidikannya sungguh hebat dan meriah. Tambahan pula di setiap sekolah yang dilawati turut hadir bersama Ahli Parlimen Dumai. Berita kunjungan Sains Muar ke Dumai telah dimuatkan di akhbar Dumai Post. Matlamat Program Pengantarabangsaan ke sana telah tercapai dengan jayanya. Semuga hubungan mesra yang telah terjalin akan bertambah erat di antara dua negara serumpun. 

Ketibaan Puteri-puteri Delegasi SAMURA di SMPN2
Penyampaian cenderamata daripada Tun Pengetua Kanan Kepada Kepala Sekolah SMAN2
Persembahan Kesenian Lagu-lagu Melayu oleh paara pelajar SMAN2
Banner Malam Titian Kasih
Pertukaran Sijil Jalinan antara Tuan Pengetua dengan Kepala Sekolah SMAN Binsus
Persembahan Tarian Zapin SAMURA di Malam Titian Kasih mendapat pujian dari penonton





Mar 22, 2013

Sunnah Nabi S.A.W

ANDAI TIDAK MAMPU MELAKUKAN SEMUA, JANGANLAH DITINGGAL SEMUANYA....


JAGALAH 7 SUNNAH NABI S.A.W

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.