Slide 1

null

Slide 2

null

Slide 3

null

Slide 4

null

Slide 5

null

Sep 21, 2010

Selamat Pulang Ke Kampus...

Assalamualaikum semua....

Alhamdullilah, setelah selesai cuti raya + cuti pertengahan yang berlangsung selama dua minggu, masing2 telah membawa diri untuk meneruskan sesi pengajian untuk semester ini...Maklumlah, dua minngu bukan lama mana pun, tapi asal dapat bersama keluarga pun kira bagus...Dapat berbuka bersama, masak ketupat bersama, kemas rumah bersama dan macam2 lagi...

Raya tahun ini agak meriah juga dimana semua saudara aku dari seluruh Malaysia ni balik beraya di rumah pusaka...Diorang balik pun sebab nak buat meeting keluarga...ini pun disebabkan 2 majlis kenduri kahwin yang akan disambut tak lama lagi...akhir tahun ini dengan bulan 2 tahun depan...dua2 majlis ini mungkin aku tak dapat hadir disebabkan PSM...tak apalah, bukan ak x pernah pergi majlis kenduri pun...huhuhuhu...

Raya ni juga la ramai sepupu sepapat aku yang menunjuk-nunjuk dengan kamera SLR memasing...Siap buat kumpulan jurugambar lagi...tak apa, bagus juga diorang ada kamera camtu...Boleh ramaikan lagi ahli keluarga jadi jurugambar profesional...betul tak?

Haa, ni paling best...Korang dapat duit raya banyak tak tahun ini? Aku tahun ini tak sangka boleh dapat RM150 untuk tahun ini...kalau ikutkan, kira banyak la ni untuk peringkat umur seperti aku...Lepas duit minyak aku untuk balik Kuantan...Walaubagaimanapun, duit ini terpaksa digadai untuk membetulkan gear ratio kereta aku...Kereta oh kereta, jangan la ko rosak kat tempat lain pulak...huhuhu...

Okay la...Kepada semua rakan seperjuangan, kita balik daripada cuti dengan azam yang baru...fokus untuk PSM dan subjek untuk semester ni...moga kita semua tak digagalkan oleh eveluator semasa presentation nanti...

Akhir kata, Salam Aidilfitri...
Sayonara...

Aug 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 53 untuk warga Malaysia...

Setelah 53 tahun, banyak yang telah berlaku di negara Malaysia ni...Arus pembangunan yang kian membangun serta pelbagai cabaran dalam sektor ekonomi yang terumbang-ambing...Walaubagaimanapun, kerajaan Malaysia cuba yang terbaik untuk mengatasinya...

Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai status 'merdeka' ni...Banyak yang perlu dijuangkan dan antaranya harta, nyawa dan paling penting ialah usaha...Tanpa usaha, mana mungkin kita hidup senang macam sekarang...Best woo duduk Malaysia...Sebab aku dah tahu apa beza Malaysia dan negara lain...

Dalam blog ini, aku nak kongsi sedikit la tentang pengalaman aku dulu semasa menyambut kemerdekaan kat sekolah menengah dulu...Ak dulu sekolah asrama penuh kt putrajaya...Rasa2 siapa bleh teka, teka la...Famous gak la sekolah ni...

Kenapa aku ambil pengalaman kat sekolah dulu? Ye la, pengalaman sekolah la antara yang paling best skali...Bergantung juga pada memasing...huhu...

Okay, ak teringat lagi masa form 1 dan form 2...tiap kali masuk bulan kemerdekaan, mesti junior kena panggil wat rehearsal untuk formation merdeka...Ye la, bukan kejap, lama gak kena dera...smpai kul 2 pagi...Lepas tu, waktu kelas pagi esoknya memasing membuta tanpa memperdulikan cikgu kt depan...Lagi time kelas Sejarah, mmg kena bersengkang mata...Kalau tak, cubitan di dada jelas terasa kepedihannya...

Tapi, aku tak terlibat dalam formasi merdeka tu...Aku time tu kene kawad untuk pancaragam...Budak band la katakan...Ni lagi seksa wa cakap lu...Salah sket je, pumping 20 kali...Selagi tak perfect, jangan harap nak balik bilik...Kalau dah habis pun, biasanya junior kne kumpul dulu sebelum balik...Bagi 'peringatan' sket kata senior...Korang paham2 aje la...Ye la, bila dah masuk perbarisan untuk Hari Kebangsaan, mesti la kena perfect...

Masa malam ambang merdeka, macam2 aktiviti diadakan....paling yang ditunggu ialah sketsa...Bebudak yang berlakon mmg bagus...cam real je diorang lakonkan...lagi aktiviti yang menyusul seperti sajak, koir dan sebagainya...Lepas tu, acara countdown dilakukan oleh Tuan Pengetua sendiri...

Itulah serba sedikit tentang sambutan kemerdekaan pada zaman sekolah...Sekarang ni, dah sambut kat universiti...tapi, ak memang tak ikut serta...x best macam kt sekolah dlu...
huhuhu...Okay la, aku undurkan diri dahulu...dengan ini aku sertakan dengan lirik lagu Merdeka dari Butterfingers...

Wassalam...


Artist: Butterfingers
Album: Kembali
Title: Merdeka


Hari Isnin bayar cukai
Selasa lalai
Rabu Khamis “Poket” pokai
Jumaat Sabtu Ahad kita…

Merdeka!
Bahagia
Akhirnya
Merdeka!
Merdeka!

Hari Isnin muka garang
Selasa gemilang?
Rabu Khamis bagi ruang
Jumaat Sabtu Ahad kita…

Merdeka!
Bahagia
Akhirnya
Merdeka!
Merdeka!

Tiada sengketa antara kita
Prasangka perkara biasa
Tiada yang mustahil

Merdeka!
Bahagia
Merdeka
Bahagia x 2

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Hari ini
Merdeka!

Hari ini..
Merdeka!!!