Sep 21, 2010

Selamat Pulang Ke Kampus...

Assalamualaikum semua....

Alhamdullilah, setelah selesai cuti raya + cuti pertengahan yang berlangsung selama dua minggu, masing2 telah membawa diri untuk meneruskan sesi pengajian untuk semester ini...Maklumlah, dua minngu bukan lama mana pun, tapi asal dapat bersama keluarga pun kira bagus...Dapat berbuka bersama, masak ketupat bersama, kemas rumah bersama dan macam2 lagi...

Raya tahun ini agak meriah juga dimana semua saudara aku dari seluruh Malaysia ni balik beraya di rumah pusaka...Diorang balik pun sebab nak buat meeting keluarga...ini pun disebabkan 2 majlis kenduri kahwin yang akan disambut tak lama lagi...akhir tahun ini dengan bulan 2 tahun depan...dua2 majlis ini mungkin aku tak dapat hadir disebabkan PSM...tak apalah, bukan ak x pernah pergi majlis kenduri pun...huhuhuhu...

Raya ni juga la ramai sepupu sepapat aku yang menunjuk-nunjuk dengan kamera SLR memasing...Siap buat kumpulan jurugambar lagi...tak apa, bagus juga diorang ada kamera camtu...Boleh ramaikan lagi ahli keluarga jadi jurugambar profesional...betul tak?

Haa, ni paling best...Korang dapat duit raya banyak tak tahun ini? Aku tahun ini tak sangka boleh dapat RM150 untuk tahun ini...kalau ikutkan, kira banyak la ni untuk peringkat umur seperti aku...Lepas duit minyak aku untuk balik Kuantan...Walaubagaimanapun, duit ini terpaksa digadai untuk membetulkan gear ratio kereta aku...Kereta oh kereta, jangan la ko rosak kat tempat lain pulak...huhuhu...

Okay la...Kepada semua rakan seperjuangan, kita balik daripada cuti dengan azam yang baru...fokus untuk PSM dan subjek untuk semester ni...moga kita semua tak digagalkan oleh eveluator semasa presentation nanti...

Akhir kata, Salam Aidilfitri...
Sayonara...

0 comments:

Post a Comment